Monday, January 28, 2013
Perbezaan Handphone Original vs AP Set
Pengenalan Handphone AP Set & Original
Tahukan anda, kebanyakan model handphone sekarang telah mengeluarkan AP set yang mirip dengan original. Diingatkan anda supaya berhati-hati terutama semasa hendak membeli handphone baru. Terdapat beberapa perbezaaan antara handphone original dengan handphone AP set. Mari kita kongsikan bersama maklumat mengenai handphone ini memandangkan masih ramai lagi belum mengetahui akan hal ini.
Produk AP Set (Authorized Product) mempunyai kualiti yang sama 100% seperti Original tetapi, anda perlu tahu bahawa dia bukanlah pengedar yang diiktiraf oleh pengeluar handphone tersebut. Misalnya Nokia, Asia Mobile, uTNT dan VSCOM merupakan di antara pengedar AP Set bagi Nokia tetapi mereka tidak diiktiraf. Untuk original pula, Zithron dan Avaxx adalah pengedar Nokia yang sah. Perbezaaan Handphone Original vs AP Set
Pertama, dari segi warranty. Handphone original akan mendapat warranty dari syarikat pengeluar utamanya sendiri contohnya seperti Samsung mendapat warranty daripada Samsung Malaysia Electronic (SME) dan iphone dan ipad mendapat warranty daripada Apple. Jangkamasa warranty bergantung kepada syarikat terbabit. Selalunya warranty bagi handphone original adalah 12 bulan atau 24 bulan. untuk handphone AP pula, warranty adakah daripada syarikat yang mengedarkan handphone terbabit. Jadi warranty tersebut tidak akan diterima oleh mana-mana syarikat pengeluar utama. Sebarang kerosakan handphone AP mestilah dirujuk kepada syarikat atau kedai yang mereka beli.
Kedua, perbezaannya adalah dari segi harga. Harga AP Set adalah jauh lebih murah berbanding original. Bukan sikit tau tapu beratus jugak la perbezaan harga kedua handphone ni. Tapi AP Set selalunya tak dapat Free Gift seperti original dapat contohnya Galaxy Y AP Set takkan dapat 4 Free Back Cover.
Kalau anda tanya pendapat saya, saya akan beli handphone AP set. Mengapa? Kerana kualitinya adalah sama 100% dan cuma beza pada warranty sahaja. Saya nak tanya, adakah anda akan pergi ke Samsung SME contohnya jika anda pandai jaga handphone anda dengan baik? Sayang rasanya kita membazir, kalau kita pandai jaga nescaya handphone tu akan kekal lama dan takkan mudah rosak. Harga AP Set murah la, jadi dah ada penjimatan kat situ. Kalau AP Set murah RM200 daripada original? Teruja kan? RM200 tu boleh buat macam-macam la. Kalau nak makan pula, boleh kenyang lebih seminggu.
Cara Nak Kenal AP Set / Original / CLONE
1. Original warranty 1 tahun kebiasaannya bagi (Samsung,Nokia,Sony Ericsson, iPhone Etc) kecuali HTC dan Blackberry mempunyai 2 tahun warranty dari Brightstar / Brightpoint. Kadnagkala warranty Samsung juga ada 2 tahun bagi model yang baru keluar tetapi hanya boleh didapati di Samsung sahaja.
2. Kalau clone, pastikan anda check internal memory. Kebiasaannya internal memory handphone Clone adalah 2GB - 4 GB sahaja. Jarang ada 8GB dan sangat jarang untuk menjumpai 16GB. Contohnya Original Samsung Galaxy S3 adalah 16GB manakala S3 Clone yang banyak dijual yang mempunyai rupa yang mirip dengan S3 Original adalah 4GB sahaja.
3. Pastikan ada sticker Original di belakang tempat letak battery. Kebiasannya akan terdapat 1 stocker berbentuk bulat. Contohnya Samsung = Sticker bulat ada logo samsung dan bersaiz kecil sahaja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
19 comments:
Tuan.. Kalo korea set camner pulak... Internal memory utk note 2 dlm 10 gb ++.. Mohon advise.. Tq
Adakah hp tu clone @ AP set? Tq
mintak izin untuk guna pakai segala ayat di atas kepada org lain , tq
apa plk beza handphone clone dgn ap & ori?
skrg dah rmai sgt yg jual handphone clone ni..murah..n diorg ckp 90% sma dgn ori..btulkah?
b'baloi ke kalau nk beli handphone clone ni? mohon pcerahan.. tq
Ap set tu bkn clone la ye?
Ap set tu bkn clone la ye?
Ap set dgn original set adalah sama...cuma beza Ap set x byar cukai...sbb tu Ap set murah dr original...
clone mmang jauh berbeza sbb dlm internal memory dia letak 12GB tp sbenarnya hanya 2GB je...
saya beli ace plus ap set bru2 ni.. sy chek no. imei.. result kluar adalah hnset nokia.. knpe jadi mcm ini? tq
Ada kesilapan sikit tentang penerangan nie.ap set = original set.cuma berbeza pada warranty sahaja.saya beli nexus 4 HK(hongkong) yg di import oleh salah satu pengedar terbesar di sini.kawan saya plak beli nexus 4 us(sprint) dan sorg lagi beli SIS set (LG malaysia) tiada perbezaan luar dalam.cuma beza pada warranty.ketiga2 versi nexus tadi boleh jalankan modifikasi OS tanpa masalah.step pun sama untuk ketiga2 versi tadi.so ap nie barangan original yang sama dengan mana2 pengedar sah bawa masuk ke malaysia,cuma tidak melalui pengesahan sirim dan mcmc....tax import tetap dibayar kerana barangan ap perlu melalui pengesahan kastam sebelum masuk ke malaysia.
Ada kesilapan sikit tentang penerangan nie.ap set = original set.cuma berbeza pada warranty sahaja.saya beli nexus 4 HK(hongkong) yg di import oleh salah satu pengedar terbesar di sini.kawan saya plak beli nexus 4 us(sprint) dan sorg lagi beli SIS set (LG malaysia) tiada perbezaan luar dalam.cuma beza pada warranty.ketiga2 versi nexus tadi boleh jalankan modifikasi OS tanpa masalah.step pun sama untuk ketiga2 versi tadi.so ap nie barangan original yang sama dengan mana2 pengedar sah bawa masuk ke malaysia,cuma tidak melalui pengesahan sirim dan mcmc....tax import tetap dibayar kerana barangan ap perlu melalui pengesahan kastam sebelum masuk ke malaysia.
As-salam
Saya ingin memohon penjelasan sedikit.
Sejujurnya saya kurang pemahaman tentang telefon bimbit ni.
Baru-baru ni saya ada beli samsung galaxy ace model S5830i.Semasa saya beli hset tersebut..pekedai memberitahu bahawa hset tersebut adalah AP set.bukanm original set.
Tapi waktu saya beli..pekedai hanya memberi warranty 1 tahun dari kedai,tiada kad warranty dalam kotak hset tersebut.
Apabila dipersoal oleh adik.saya menjadi kompius..jadi saya membuat semakan diinternet hingga la saya jumpa blog saudara.
* pada bateri terdapat sticker kilat silver tertulis JSL.
* Pada body ada juga sticker ade tulis made in vietnam by samsung.
Bila saya membuat perbandingan dengan hset s2 yang saya beli sebelumnya.di kotak tertulis www.samsung.com tapi dikotak yang baru saya beli tulisnya www.samsung.com/cn
Persoalannya..adakah hset yang saya beli ini benar2 ap set atau hset tiruan..kerana saya beli dengan harga rm560.
Saya benar2 memohon penjelasan saudara..Terima kasih
Salam. nak tanya,
apa pula beza iphone malaysia dengan iphone import??
sy nak tanya. kalau iphone original bole tak bluetooth dgn iphone clone?
mungkin kerana ace plus ap set gune teknologi nokia kut
hahahaha
klau check kt nombor IMEI kt phone kite x blh ke?
adakah sme yg ori atau ap set?
AP adalah ori Set yg di import oleh bukan pengedar sah. Masih original set. Peniaga akan import direct dr kilang dan tak di iktiraf sebagai pengedar sah. Contoh Samsung. SME adalah pengedar sah. Warranty direct dgn kilang atau SME. Kalau beli original boleh hantar servis kat mana2 SME center seluruh Malaysia. Manakala AP set jaminan hanya dr kedai. Apa2 masalah kene rujuk blk tempat beli. AP set masih boleh dihantar ke SME service center tetapi tiada warranty. Contoh beli Note 3 AP. 3 bulan pakai ada masalah. Kalau hantar ke SME dorg akan kira fon tersebut takde warranty sbb bukan beli dari dorg. Jadi kalau nak warranty, kene pergi ke tempat beli fon tu. Sama mam kalau pergi oversea, beli fon bila bawa balik ke malaysia, pusat servis akan kira itu AP set. AP atau Ori tetap bayar cukai kepada kastam.
Klon set adalah copy dr original. Banyak beza- OS, bateri, LCD dan storage. Nasihat peribadi jgn beli klon walaupun murah.
Tapi AP set sekarang pun nak kene hati terutama Lenovo dan ASUS.
QUANTUM BINARY SIGNALS
Get professional trading signals delivered to your mobile phone every day.
Start following our trades today and earn up to 270% per day.
There's a chance you're qualified for a complimentary Galaxy S8 Mobile.
Nk tnye klu phone local bleh dk guna bateri ori? Ke dk sesuai?
Post a Comment