Tsunami setinggi 10 meter itu memusnahkan Sendai, bandar raya di timur laut negara berkenaan, tempat 200 hingga 300 mayat ditemui di kawasan pantai.
“Apa yang menjadi tempat kediaman sebelum ini, musnah sama sekali,” kata Perdana Menteri, Naoto Kan selepas menaiki helikopter untuk melihat sendiri kerosakan yang berlaku.
Ombak besar berwarna hitam itu mendamparkan kontena, kereta dan sisa bangunan ke jalan raya di Sendai dan kawasan terbuka serta menyebabkan lumpur tebal melitupi kawasan yang amat luas. Polis berkata, 413 orang disahkan mati, 784 hilang dan 1,128 cedera.
Bagaimanapun , jumlah itu dijangka meningkat.
“Jumlah korban dipercayai lebih 1,000. Kerosakan itu begitu besar dan saya percaya kami memerlukan masa untuk mengumpulkan maklumat,” kata Edano, jurucakap kanan Naoto.
Dalam pada itu, lebih 215,000 orang ditempatkan di pusat perlindungan kecemasan di timur dan utara negara itu semalam.
Agensi Polis Kebangsaan Jepun berkata, jumlah itu termasuk lebih 100,000 orang yang berlindung di Fukushima, di utara dan penduduk yang diarah berpindah dari kawasan sekitar dua loji nuklear.
Bagaimanapun, jumlah mereka yang kehilangan tempat tinggal dipercayai lebih ramai. Beribu-ribu rumah di bandar tepi pantai musnah, termasuk di bandar Ofunato yang menyaksikan lebih 300 rumah dihanyutkan air.
Sementara itu, lebih 50,000 anggota tentera dan pegawai penyelamat lain dikerah untuk menyertai gerakan mencari dan menyelamat.
Lebih 300 pesawat dan 40 kapal, termasuk satu armada 20 kapal penggempur diarah belayar ke kawasan pantai Pasifik Pulau Honshu yang turut terjejas teruk akibat bencana itu.
Di Watari, wilayah Miwagi, helikopter tentera digunakan untuk menyelamat sekumpulan pelajar dan penduduk yang terperangkap di atas bumbung sebuah sekolah rendah.
Lebih lapan juta kediaman terputus bekalan elektrik. Hubungan telefon, termasuk telefon bimbit juga terputus.
Bekalan gas ke lebih 300,000 rumah turut terjejas, bermakna ramai penduduk terpaksa menghabiskan malam mereka dalam kesejukan.
Pihak berkuasa Jepun juga mengumumkan, sebuah kapal yang sebelum ini dilapor hilang, ditemui di laut dan semua 81 orang yang berada di dalamnya diselamatkan dengan menggunakan helikopter.
Gempa berukuran 8.9 magnitud itu yang melanda pada jam 2.46 petang (1.46 petang waktu Malaysia) selama dua minit menggegarkan bangunan di bandar raya Tokyo, kawasan bandar terbesar dunia dengan penduduk berjumlah 30 juta orang.
Bagaimanapun, dengan gempa bumi kecil yang sering berlaku di seluruh Jepun, negara itu adalah antara yang terbaik dalam membuat persediaan untuk berdepan dengan bencana sebesar kelmarin. - AFP
7 comments:
perhhh gila teruk tsunami kat jepun..dah mcm kat aceh dulu.. minta2 malaysia di jauhkn dgn bencana cmni...aminnn....
yer..betul tu..kita kene brdoa sesama..moga di jauh dan terus jauh benda tu..huhu..folo this blog..folo aku jua yer..
hye..jom join bloglist Ash ^_^
i dah tekan heartbeat & churp2 u..
hit me back..tq ^_^
uisyh tragis sungguh! :'(
semoga kita sentiasa dilindungiNya.. ameen...
Blog Shakiddo Top 1000 Malaysia dalam 5 bulan!
blogwalking from japan~ read my experience of the eartquake..
aduss tkut la.. dh la terengganu pun kne amaran., umh pulak dkat ngn pntai..
Post a Comment