Showing posts with label Info Terkini Sony Xperia Z. Show all posts
Showing posts with label Info Terkini Sony Xperia Z. Show all posts

Monday, January 28, 2013

Hebatnya Sony Xperia Z



Keistimewaan Sony Xperia Z

Sony Xperia Z ini juga dikenali sebagai Sony Xperia C6603, Sony Xperia C6602, Sony Xperia Z LTE, Sony Xperia Z HSPA+. Ini adalah produk terbaru daripada Sony dan buat masa ini, ia masih belum "release" lagi. Dijangka pada bulan March 2013 ia akan keluar di pasaran. Apa yang best mengenai phone ni? Jom kita terjah sama-sama :

Sony Xperia Z ini menggunakan Micro Sim. Jadi ia menggunakan simkad yang kecik yer. Dari segi screen, Sony Xperia Z masih lagi menggunakan TFT capacitive touchscreen seperti model-model sebelumnya. Jadi untuk touch mungkin akan ada kurang sensetiviti berbanding Super AMOLED yang dimiliki Samsung. Xperia Z ini bersaiz 5.0 inches iaitu sangat ok bagi sesiapa yang menyukai Smartphone kerana saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Orang cakap ngam-ngam la kalau nak masuk poket seluar. Kelebihan screen Xperia Z ni selain dari kat atas adalah Water proof. Tak tahu la, sejak dua menjak ni Sony keluarkan model yang Water proof. Mungkin untuk memberi kelainan daripada produk syarikat lain. Jadi kita tak perlu la risau kalau handphone kena air hujan atau kita terjatuh ke dalam air selepas ini kerana ia mampu bertahan di dalam air selama 30 minit. Wah, kalau leh bertahan 5 minit dalam air pun dah cukup bagus, inikan sampai 30 minit. Thumbs up untuk Xperia Z !!