Wednesday, March 16, 2011

Selatan Thai makin popular sebagai destinasi nikah

GAMBAR SEKADAR HIASAN

SONGKHLA (Selatan Thailand)
: Selatan Thailand semakin popular sebagai destinasi pernikahan membabitkan pasangan Malaysia.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Aini Atan, berkata antara 2001 dan tahun lepas, lebih 11,170 pasangan berkahwin di wilayah-wilayh selatan Thailand dengan angka terbesar pada tahun lalu membabitkan 3,260 pasangan. Bercakap kepada pemberita selepas dikunjungi ahli Kelab Media Perlis di sini hari ini, beliau berkata, jumlah pasangan yang berkahwin sepanjang tahun lepas jauh lebih besar berbanding tahun 2009 membabitkan 2,173 pasangan manakala pada 2001 hanya 73 kes didaftarkan.Berdasarkan statistik tahun lalu, sebahagian besar yang berkahwin di selatan Thailand ialah pasangan rakyat Malaysia membabitkan 2,478 pasangan.

Jumlah rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Thailand adalah 419 kes manakala rakyat Malaysia yang berkahwin dengan rakyat Indonesia sebanyak 228 kes.

Terdapat juga pernikahan membabitkan rakyat Malaysia dengan warga Pakistan, Bangladesh, Myanmar, Kemboja, Afrika Selatan, Arab Saudi, India, Nepal dan Iran.
Mohd Aini berkata, sebahagian besar perkahwinan berlaku di wilayah Songkhla.

Antara alasan yang diberikan pasangan yang berkahwin di selatan Thailand ialah mereka tidak mendapat restu keluarga, kos yang tinggi jika berkahwin di tanah air, peraturan ketat majlis-majlis agama Islam dan berkahwin dengan warga asing.

Beliau berkata setiap perkahwinan di selatan Thailand perlu dilapor atau didaftarkan di pejabat Konsul Jeneral. -

TERIMA KASIH SUDI KLIK GAMBAR DI BAWAH NI :

11 comments:

FariehanIbrahim [LBC] said...

aishh! mkin ramai yg kawin kt thai. -.-'

dwaty said...

makin popular plak thai tu...

MiSs F.A said...

ramai kwin kt thai skrg nihh n mostly fmli pengantin x tau..=.=

Dilla Nur said...

adoii..mcm2 laa...org soh kawen kat mesia dok p jln jejauh watpa...haishh...

xcyber said...

LBC : tau x pe.. maybe sbb nak kurangkan kos kot..hehe

xcyber said...

dwaty : dah mmg popular sejak dahulu kala lg =)

xcyber said...

iss FA : erm..kawin lari kan..tp slalunya x kemana kalau kawin lari nih

xcyber said...

Dilla : dah trend skrg kot .. hehe lagipun x yh buat kenduri kan..maybe tu la kot dlm pikiran diorng

zikeryhassan said...

am, bile nak kawen?

xcyber said...

lambat lagi kot..huhu~

spanner7000 said...

elok la kahwin cara islam dari kahwin cara menatang(main cocok jer). kahwin salah tak kahwin salah...haihhh!