Tuesday, April 12, 2011

Cikgu Shida Popular Dengan Gaya Gila-Gila ?

Cikgu Shida

Korunk kenal tak siapa Cikgu Shida? Tak kenal?? Pi bukak Harian Metro hari nih.. Terpampang kat muka depan surat khabar tu keyh.. Aku actually pun x kenal tp bila baca tadi pun terus terkejut. Haha mmg terbaik la Cikgu Shida nih..Tahniah2!! Seorang cikgu tapi populariti dia dah berjaya mengalahkan artis..Serius aku ckp artis Mentor pun x macam dia nih..skejap je dah popular.. Tahniah lagi skali la buat Cikgu Shida =)


Siapa sangka, daripada hanya guru biasa di sekolah luar bandar, seorang wanita tempatan meraih populariti lebih sejuta pengunjung laman web sosial dari seluruh dunia melalui klip video miming ‘gila-gila’ yang diciptanya.

Cikgu Shida atau nama sebenarnya Roshida Abd Aziz, 30-an, berkata minatnya bermula dengan niat suka-suka berbekalkan kamera dan komputer yang dibeli 10 tahun lalu.


Terbaru, lakonan nyanyian miming bersama solekan ekspresi muka melalui lagu ‘Kalau Berpacaran’ nyanyian Suhaimi Mior Hassan dan Ana Raffali berjaya membuatkan nama Cikgu Syida semakin diminati di kalangan pelayar Internet.


“Semuanya bermula apabila timbul hasrat membuat miming lagu ‘Selamat Hari Raya’ dendangan Rahimah Rahim pada Ramadan tahun lalu sebelum klip video itu dimuat turun melalui laman web Youtube.

“Namun percubaan itu dibalas dengan kata-kata cerca dan hinaan. Lebih teruk, ada yang menuduh saya gila dan sakit mental kerana menghasilkan klip video itu,” kata guru Sekolah Rendah Kebangsaan Pulau Padang di Bota Kiri, di sini, ketika ditemui Metro Ahad.


Menurutnya, kata-kata kesat terbabit bukan hanya dilontarkan oleh kenalan dan rakan, malah turut dikirim puluhan pelayar di Internet.

“Namun semua itu tidak melemahkan semangat saya untuk memberi dan mencari hiburan tersendiri di samping berkongsi pengalaman bersama rakan di Internet,” kata guru Bahasa Inggeris itu.

Menceritakan pengalaman klip video pertamanya, dia mendakwa pernah merah muka dan menahan malu apabila rakaman itu dimuat turun daripada Internet dan ditayangkan ketika majlis alumni sekolah, hari raya lalu.

“Pada masa itu saya fikir nak sorok muka bawah meja kerana terlalu malu dan bimbang dikutuk rakan.

“Namun ia bertukar gembira apabila rakan memberi tepukan gemuruh dan kata-kata perangsang untuk meneruskan hobi itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tengah, Parit, di sini.

Anak kedua daripada lima beradik itu juga berkata, setakat ini keluarganya tidak kisah dengan minatnya kerana sudah ‘masak’ dan faham perangai gila-gilanya.

Dia yang juga anak perempuan tunggal pasangan pesara tentera, Abd Aziz Shafie, 73, dan Latifah Ramli, 63, berkata membesar dalam lingkungan adik beradik lelaki menyebabkan jiwanya lebih kental dan mampu menyerap tekanan.

“Saya seronok melihat diri sendiri beraksi dengan pelbagai gaya muka, ditambah dengan solekan dan alatan tambahan seperti songkok dan baju Melayu yang dipinjam daripada adik-beradik lain.

Ternyata percubaan luar biasa itu melonjakkan namanya sebagai ‘artis’ baru paling terkenal di Internet dan berjaya menarik pengunjung dalam dan luar negara.

“Malah, klip video miming saya itu turut menarik hampir 10,000 ahli daripada pelbagai bangsa dan keturunan termasuk dari luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia melalui ‘Fan Page’ (laman peminat) yang dibina dua bulan lalu,” katanya.

Kejayaannya turut mendapat pengiktirafan apabila penyanyi tersohor negara, Siti Nurhaliza menjemputnya sebagai tetamu khas dalam program bersama syarikat penyiaran Astro baru-baru ini.

“Walau dianggap popular sekalipun, saya tetap akan ke sekolah dan menabur bakti sebagai guru kepada anak bangsa,” katanya.

Sehingga kini dia telah ada lebih sejuta peminat dari pelbagai bangsa bukan sahaja di Malaysia malahan di seluruh dunia juga meminatinya.Sangat hebat kan dalam masa sekejap sahaja dia telah berjaya meraih populariti yang sebegitu. Anda bila lagi? Hehe...

Nah tengok video2 menarik kat blog dia :
CIKGU SHIDA

p/s : sure kat sekolah Cikgu Shida sangt2 popular..lepas ni sape pulak kan nak buat mcm dia nih.. boleh jd ikon para cikgu nih =)

TERIMA KASIH SUDI KLIK GAMBAR DI BAWAH NI :

29 comments:

BΛBYDIΣRΛツ said...

HAHAHA ~ saya pernah lihat video cik shida . perangai dia yang selamba memang gila2 . sehinggakan kawan saya fikir cik shida nie bukan perempuan tetapi khunsa . HAHAHA :P

LINA said...

hahaa, video mmg coool!!
kalau lah die cikgu sy... :D

Shafiq said...

Seronok layan miming cikgu nie! :-)

akuzle said...

ikon guru? x yahlaa, dik... takdernyer akak nk jdkan dier neh ikon... just kreatvt n keterbukaannyer tuh bagus utk dorong budak2 berani tampil ke depan utk apa2 aktvt pembelajaran

| cik azeya | said...

sy suke lagu kalau berpacaran. heee

MiSs F.A said...

haha. selalu sgt tengok video cikgu shida ni kat youtube.. mmg kelakar abis laa.. haha

izaFiza said...

sy rasa org yg mencaci beliau tu kurang berteknologi la..sedangkan skrg dh ramai org upload vid kt youtube utk hiburkan diri sendiri dan org lain...

tahniah cikgu shida..bek berani uplod video mcm nie drpd buat video yg bukan-bukan..

=)

fadhdeela said...

minat ke ngan cikgu shida nie??ermm xpe la masing2 punye minat..bg deela dia nie over sbg pendidik xperlu dia nak cr populariti mcm nie skali..memalukan!

Meh sini: Bantulah adik Muhammad Rafeal!!Sedih melihat Gambar Beliau

Sini juga: Fina..Calon Baru AF9 lebih baik dari Pelajar2 AF9..

sRie aRty ! said...

ehhh entry kite sama laa :)

hidayah saari said...

minat kat cekgu shida ni . selalu bukak video dia time tensen2 . buleh ilang segala stressss . keep it up cikgu ! :D

berita sengsasi said...

fst ngok video beliau x sangka beliau seorang pendidik

shezwan said...

cikgu syida ni memang sengal.. 1st time aku kenal time dlm rancangan siti kat astro.. memang sporting gler lah dia ni.. ^_^

fendy said...

tak baik caci2 orang.semua orang ada hak untuk tunjuk bakat masing2.tapi jangan keterlaluan.cukuplah sekadar hiburan.betul tak? :)

Far8 budak baik said...

waaaa..mcm ni pulak rupa cikgu shida...pehh..selalu dlm cite katun name dy je..hehe

syamsid dhuha said...

aku nmoak die kat parit , perak aritu , mmg mesre bebno org nye kome yop ... tp pelik toi la , power pulok die ni kan , ahaks

Muhammad Burn said...

cerita ni dah lama sebenarnya. cuma baru masuk paper. aku just nak komen berdasar komen2 diatas. hiburan2 jugak... teknologi2 jugak. tp dia cikgu. akhlak cikgu patut macam mana?? kita melayu. Budaya Melayu macam mana?? kita kat Malaysia. bukan kat barat. Malaysia negara Islam. Perempuan Islam macam mana adab??? Haaa, jawab...

cik bAtu said...

hahahaha...mulamula tgk xcaye dowh dye cikgu !

Cik Itam @ ira said...

maaf saya nyampah tgk video2 die...
maaf ye fan2 cikgu syida

diana said...

mesti anak murid ramai sayang giler kat dia..

loveta hady said...

cikgu yg gila2 mesti budak2 sekolah seronok nak belajr, lagi2 ckgu shida ni sporting, teehee. =)

rabiatulaini hashim said...

cikgu shida... b4 die ngajar kt skola skunk.. momo pena jadi anak ,murid cikgu shida kt SEKOLAH KEBANGSAAN KEBUN BAHARU, KUALA LANGAT, SELANGOR...wink. wink.

♥e'in♥ said...

hahaha.. mmg best video cikgu shida nie..

Syimama said...

Org kreatif cam ciegu shida tu tak ramai..so harap dia hati2 jaga diri & penampilan agar terus berjaya.

QUEENPINK said...

salam.

jemput join ga saya.
http://queenroszaliza.blogspot.com/2011/04/queenpink-lucky-follower.html

Khairul Amry Mohamad Puad said...

mula-mula kena kutuk kat blog2....sekarang famous baiii...siap jadi tetamu jemputan apa segala....

"PEDULIKAN APA KATA ORANG SELAGI IANYA TIDAK MENGGANGGU ORANG LAIN ATAU MENJATUHKAN MARUAH DIRI SENDIRI"

khai said...

memang tabik springg arh kt dia neh.. ^^

Mohd Yusuf said...

tulisan kaler kuning tak nmpk...heheeeh
aku pnh dgr jgk pasal cikgu shida nie....cikgu rupanya....selamat hari guru... :D

deeya said...

cikgu shidah rawk ! yeyeah ! haha

Blogger said...

Ever wanted to get free Facebook Followers?
Did you know you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by getting an account on Like 4 Like?