Monday, January 28, 2013

Kehebatan Samsung Galaxy Note 2


Samsung Galaxy Note II

Nak tahu kelebihan Samsung Galaxy Note 2 ini? Jom tengok di bawah kelebihan dia :

Kehebatan Samsung Galaxy Note 2
Processor : Quad-core 1.6GHz
RAM : 2GB
Android : 4.1 Jelly Bean
Battery : Li-Ion 3100 mAh
Screen : 5.5 inci Super AMOLED

Ini yang menjadikan ia hebat berbanding yang lain. Seperti anda tahu kelajuan memproses bagi processor Quad Core 1.6Ghz sangatlah laju dan boleh menandingi kelajuan sesebuah laptop (walaupun laptop ada yang 3.2Ghz). Ia sudah memadai bagi sebuah smartphone. Ram yang 2GB sememangnya menjadikan ia layak digelar smarphone terbaik Samsung kerana inilah pertama kali samsung mengeluarkan smartphone 2GB RAM.

Android 4.1 Jellybean adalah yang terbaru selepas 4.0 (ICS). Sememangnya penggemar android dah lama menantikan version ini kerana S3 bila upgrade ke Jellybean ada beberapa applikasi yang tak sesuai contohnya Bluetooth tak berfungsi dan sebagainya. Jadi Galaxy Note 2 ini memang didatangkan khas dengan Android 4.1 Jellybean.


Battery Li-Ion 3100 mAh memang berkuasa tinggi dan tahan lama. Kalau kita tengok kembali Samsung Galaxy Note 1 menggunakan Li-Ion 2500 mAh. Dah nampak kan perbezaan kedua-dua model ini dari segi battery??

Kamera macam biasa la 8MP. Kualiti dia kalau anda pernah guna Samsung Galaxy Note atau S3, lebih kurang macam tu jugak cuma Samsung Galaxy Note 2 ni guna 267 ppi pixel density. Nak tahu apa kelebihannya? Brightness (contrast) jika di tahap 100%, kualiti gambar dia sangat menarik. Bukan tu sahaja malah bila anda zoom, gambar dia still nampak ok. Bintik hitam juga tak nampak macam model handphone yang lain. Kalau anda perasan, pada gambar cerah akan ada titik2 kecil bewarna hitam. Kalau tengok dengan seimbas lalu memang tak nampak. Cuba anda try zoom dan anda akan nampak bintik hitam tersebut. Untuk Galaxy Note 2 ni, memang bintik hitam tu kurang la dan menampakkan kualiti gambar yang sangat-sangat menarik.

Bagi screen pula, Samsung Galaxy Note 2 adalah 720 x 1280 pixels, 5.5 inches manakala Samsung Galaxy Note 1 pula 800 x 1280 pixels, 5.3 inches. Jadi anda dah nampak kan screen Samsung Galaxy Note 2 lebih besar sikit dari model sebelumnya. Masih juga menggunakan Super Amoled seperti versi sebelumnya. Samsung Galaxy Note 2 ini menggunakan Corning Gorilla Glass 2 untuk protection screen. Sama seperti Samsung Galaxy S3 yang turut menggunakan screen protection yang sama.

Lain-lain kelebihan adalah ia didatangkan dengan HD video recording. Kalau model sebelum ni memang belum yang ada  lagi la guna HD recording ni. Lagi 1, speed internet yang bekelajuan tinggi sehingga 42Mbps tapi kena pastikan liputan internet memang kuat la. Kalau kat Malaysia ni rasanya memang tak lepas 2Mbps pun. Seperti biasa ada S Pen Stylus yang menyenangkan kerja-kerja untuk melukis dan buat lakaran. Sangat sesuai untuk arkitek yang selalu sibuk dengan kerja melukis sambil berjumpa pelanggan.


1 comment:

Blogger said...

There's a chance you're eligible for a complimentary Samsung Galaxy S8.