Monday, January 28, 2013

Best Ke Samsung Galaxy S3 Mini?


Samsung Galaxy S3 Mini

Detail Spec

Internal Memory : 8GB
RAM : 1GB
OS : Android OS, v4.1 (Jelly Bean)
CPU : 1 GHz dual-core Cortex-A9
GPU : Mali 400
Screen : Super AMOLED capacitive touchscreen
Camera : 5MP

Bagi anda yang hanya guna untuk call,sms,whatsapp dan browsing ringan-ringan boleh la gunakan smartphone ini. Tapi kalau anda nak jadi heavy user disarankan ambik Samsung Galaxy S3 dan ke atas yang menggunakan Quad Core Processor.

Internal memory handphone ni pun boleh dikatakan biasa-biasa sahaja. Mungkin bagi penggemar applikasi 8GB ini tidak mencukupi tetapi anda masih boleh external memory card sehingga 32GB jika anda rasakan 8GB tidak mencukupi untuk menampung applikasi yang anda minat. Memang kalau memory dah penuh, handphone akan mengalami lembap dan lagging terutama bila anda nak ambik gambar, dengar mp3 dan sebagainya.

Android phone Samsung S3 Mini ni menggunakan android yang latest iaitu Jellybean v4.1. Banyak applikasi dan juga sytem yang menarik bila anda menggunakan Android 4.1 ini. Buat pengetahuan anda, Samsung Galaxy S3 Mini ini mula release pada pertengahan bulan November 2012 di luar negara dan tidak mendapat di hati peminat android di Malaysia. Mungkin kerana spec yang ada pada handphone ini kurang menarik minat mereka walaupun saiznya agak kecil dan sesuai dijadikan mobile phone.

Camera 5MP ini pula agak sesuai bagi mereka yang suka bergambar tapi kualiti gambarnya tidaklah secantik Samsung S3 mahupun Note II. Jadi jangan pula anda bandingkan dengan Samsung Galaxy S3 atau setaraf dengannya. Namun begitu, jika dibandingkan dengan Samsung Galaxy S, S Advance atau S Plus yang setara dengannya, Samsung S3 Mini yang mempunyai pixel density 233 ppi ini mempunyai kualiti gambar yang lebih menakjubkan. Anda boleh zoom beberapa kali dan gambarnya masih kelihatan cantik. Samsung galaxy S3 Mini ini tidak mempunyai 1080p video recording dan hanya support sehingga 720p video recording sahaja.


Dari segi battery, sangat mengewakan sedikit apabila ia hanya Li-Ion 1500 mAh battery dan boleh dikatakan tidak bagus untuk smartphone yang mempunyai spec yang bagus seperti ini. Walaupun begitu, anda masih boleh menggunakan battery extra ataupun powerbank jika kehabisan battery.

Mungkin handphone ini terbaik bagi mereka yang beru nak berjinak dengan android dan juga mereka yang kurang menggunakan applikasi dan bukan heavy user. Saiz 4.0 inches juga sangat bagus untuk mereka kerana agak kecil dan mudah dibawa. Bukan itu sahaja, malahan harga Samsung galaxy S3 ini agak berbaloi juga. Harga pasaran semasa Original Samsung S3 Mini SME adalah sekitar RM1050 - RM1299 mengkut tempat anda berada.

Review : 7 Bintang daripada 10 ~

2 comments:

Nurfazilah Cipa said...
This comment has been removed by the author.
Nurfazilah Cipa said...

hai..saya nk tny la..antara samsung s3 mini ni dgn samsung galaxy nexus,mane yg lg ok n berbaloi