Keistimewaan Sony Xperia Z
Sony Xperia Z ini juga dikenali sebagai Sony Xperia C6603, Sony Xperia C6602, Sony Xperia Z LTE, Sony Xperia Z HSPA+. Ini adalah produk terbaru daripada Sony dan buat masa ini, ia masih belum "release" lagi. Dijangka pada bulan March 2013 ia akan keluar di pasaran. Apa yang best mengenai phone ni? Jom kita terjah sama-sama :
Sony Xperia Z ini menggunakan Micro Sim. Jadi ia menggunakan simkad yang kecik yer. Dari segi screen, Sony Xperia Z masih lagi menggunakan TFT capacitive touchscreen seperti model-model sebelumnya. Jadi untuk touch mungkin akan ada kurang sensetiviti berbanding Super AMOLED yang dimiliki Samsung. Xperia Z ini bersaiz 5.0 inches iaitu sangat ok bagi sesiapa yang menyukai Smartphone kerana saiz yang tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Orang cakap ngam-ngam la kalau nak masuk poket seluar. Kelebihan screen Xperia Z ni selain dari kat atas adalah Water proof. Tak tahu la, sejak dua menjak ni Sony keluarkan model yang Water proof. Mungkin untuk memberi kelainan daripada produk syarikat lain. Jadi kita tak perlu la risau kalau handphone kena air hujan atau kita terjatuh ke dalam air selepas ini kerana ia mampu bertahan di dalam air selama 30 minit. Wah, kalau leh bertahan 5 minit dalam air pun dah cukup bagus, inikan sampai 30 minit. Thumbs up untuk Xperia Z !!
Khabarnya Xperia Z menggunakan Dragontail glass protection iaitu 4 kali ganda lebih baik daripada Corning Gorilla Glass 2 yang dimiliki Samsung Galaxy Note II. Fungsi glass protection ini adalah untuk melindungi screen smartphone tersebut. Adakah ini memberi pembaharuan kepada produk Sony?
Jom bercakap mengenai kamera, processor dan juga memory Xperia Z ni. Ok start dengan kamera yang mempunyai 13.1MP. Bagi penggemar yang suka ambil gambar, memang dialu-alukan sangat sebab Sony memang terkenal dengan kualiti gambar yang terbaik. Ramai yang cakap kamera Sony ni tipu sebab gambar yang diambil macam gambar edit tpapi itulah hakikatnya. Kebanyakan handphone Sony yang mempunyai kamera mempunyai teknologi cybershot yang sangat baik. Samsung Galaxy Note II (8MP) pun tak boleh lawan dengan kualiti gambar Sony yang hanya 8MP.
Internal memory pula 16GB bermakna customer akan lebih selesa dengan saiz ini berbanding saiz yang lebih kecil. Sememangnya smartphone yang mempunyai spec yang canggih selalunya akan memberi saiz memori yang besar iaitu 16GB, 32GB dan juga 64GB. Ini pasti ia bakal memberi impak yang hebat kepada pembeli dan akan berfikir panjang kerana Samsung juga bakal mengeluarkan Samsung Galaxy S4 pada bulan March nanti. Namun sedikit kekecewaan apabila memori kad Xperia Z hanya boleh sehingga 32GB sahaja. Ramai yang complaint kepada Sony mengenai hal ini dan kita tunggu khabar berita selanjutnya nanti.
Sony Xperia Z dah upgrade kepada Quad-core 1.5 GHz Krait. Jadi kelajuan Xperia Z ni dah boleh menandingi Samsung Galaxy S3 dan juga Note II, HTC One X+ yang turut menggunakan Quad Core. Anda nak tahu beza Quad Core dengan Dual Core paling ketara? Cuba snap gambar guna Samsung Galaxy Note 1 dan Samsung Galaxy S3. Anda akan lihat betapa bezanya kedua-dua model tersebut dalam kelajuan snap gambar. Samsung S3 lebih TURBO daripada Note 1 dan ia seolah-olah kita ambil gambar menggunakan BURST. Performance smartphone kalau guna Quad Core memang mantap sangat tambahan kalau nak main game memang terbaik la. Takut tersekat-sekat? Usah risau selagi memory anda masih banyak Quad Core takkan benarkan handphone anda mengalami masalah lagging.
Seperti biasa, benda terakhir untuk dibincangkan adalah android version. Xperia Z menggunakan Android OS, v4.1.2 iaitu Jellybean. Kalau sebelum ini kita dengar banyak masalah di mana model Xperia tak boleh upgrade ke Jellybean tetapi tidak kepada Xperia Z. Ia memang didatangkan dengan android terbaru ini dan pastinya banyak feature yang menarik boleh anda lihat. Dibandingkan dengan Galaxy Note II yang menggunakan Android OS, v4.1.1 mungkin kurang stabil untuk Xperia Z kerana ramai orang mengatakan version 4.1.1 mempunyai banyak masalah terutapa kepada Bluetooth system dan juga Teetering Data (connectivity). Jadi version 4.1.2 ini memang sangat stabil selepas banyak percubaan dilakukan.
Akhir sekali, boleh dikatakan Xperia Z ni sangat-sangat dan sangatlah berbaloi bagi sesiapa yang mengidam untuk membli smarphone baru pada bulan March ini nanti. Nampaknya sekarang Samsung dah ada pesaing baru selain Apple dan HTC. Cuma Nokia sahaja yang masih mengekalkan OS Window.
Harga di Malaysia? Buat masa ini belum ada kata putus mengenai harga Sony Xperia Z ini namun semestinya bagi produk terbaru sony, harga terbaik adalah RM1600-RM1999 seperti model-model sebelum ini. Namun kali ini, Xperia Z didatangkan khas dengan spec yang tinggi dan canggih dan adakah harganya bakal naik melonjak seperti Samsung Galaxy Note II yang masih lagi bermain di paras RM2100-2299?
No comments:
Post a Comment