Friday, February 1, 2013

Fungsi Corning Gorilla Glass 2

Corning Gorilla Glass 2

Pernah dengar tak smartphone guna cermin Corning Gorilla Glass 2 ni? Antara smartphones yang guna cermin Corning Gorilla Glass 2 ni adalah Nokia, Samsung, Acer, Motorola, HTC, LG, Lumigon, LEC dan Sonim. Atas permintaan pengguna Corning Incorporated telah mengeluarkan Corning Gorilla Glass 2 selepas Corning Gorilla Glass 1 telah mendapat sambutan ramai. Corning Incorporated (www.corning.com) lebih mengutamakan high-technology system iaitu lebih tertumpu kepada screen TV, Handphones, Tablet PC dan juga perkakas komputer.

Corning Gorilla Glass 2 ini membolehkan pengurangan sebanyak 20 peratus dalam ketebalan kaca tetapi tetap fokus dalam mengekalkan anti calar dan menghalang kerosakan pada cermin handpnone. Contohnya Samsung Galaxy Note 2 dan S3 yang menggunakan Corning Gorilla Glass 2 mempunyai reka bentuk yang menarik di samping cermin yang mempunyai kadar rintangan yang hebat. Walaupun nipis, ia tadak bermakna ia mudah pecah.


Apa yang menarik Corning Gorilla Glass 2 : 
* Ketebalan 20% lebih nipis daripada screen jenama lain
* Sangat liat dan susah patah / pecah
* Tahan lasak daripada calar
* Memberi gambar yang cerah dan cantik

Jadi, kalau anda mencari handphone terutama yang canggih, jangan lihat pada internal memory, processor sahaja. Lihat juga dari segi ketahanan handphone tersebut. Mungkin kita tidak minta cermin calar, pecah, retak dan sebagainya tetapi alang-alang membeli handphone terbaik, lebih baik cari yang lebih terbaik.

Ia sangat berbeza dengan Soda Lime Glass dimana cermin ini sangat mudah pecah dan mudah calar. Anda boleh lihat video di bawah ini supaya nampak dengan lebih cerah mengenai fungsi Corning Gorilla Glass 2 ini :

: